Wednesday, July 28, 2010

when sperm and egg meet

tah kenapa bulan ni bendera merah lewat muncul..walaupun hint PMS da lama muncul..seminggu berlalu tak muncul jugak..ira mcm biasa tiap hari tanya..dah dtg?dah dtg :P? akhirnya en huby pn mintak aku beli alat tersebut..dgn berat hati aku pergi ke guardian dan membeli alat tersebut sbb hati kecik ni rasa bendera merah tu cuma lewat muncul..tp jauh di sudut hati ada juga rasa teruja :) esoknye pg2 lagi alat tersebut digunakan..dua kepala kami melekat dan mata kami terarah pada alat tersebut..uish ada garis la walaupun samar2..mungkinkah? masing-masing menyimpan perasaan teruja itu sbb it is possible to get a false positve when u take a pregnancy test.. alat itu diletak ketepi dan kami dah sepakat tuk membuat sekali lagi ujian..tp belum sempat ujian kedua di buat bendera muncul dua hari berikutnya..dlm hati kecik ku berkata ..dah agak dah lewat muncul je..tak ada rezeki takpela..tp bile en huby resah..ira resah..aku bertambah resah..bendera merah lain ke..aku terus turun ke klinik panel di tingkat 3 tp klinik da tutup sbb jam masa tu dah menunjukkan pukul 5 petang..aku pun tunggu sampai habis waktu kerja dan terus ke klinik yg berdekatan yang buka 24 jam..adus doc lelaki takpela darurat akan ada jururawat yang menemani sepanjang tempoh konsultansi tersebut.aku dimaklumkan kemungkinan besar ini early miscarriage ataupun threaten miscarriage..tp katanya ada kemungkinan juga ini tanda2 biasa di awal usia kandungan.Malangnya klinik tu takda alat tuk scan dan syorkan aku berehat dan teruskan mengambil folic asid..sesampai di rumah memang tak leh nk lena.. sakitnya!!!! tak sedar bila aku terlena dan bila terjaga hanya sayup2 dgr suara en hubby bertanya nk g keje ke? aku dgn terkebil2 dan perlahan jawab nak..sampai di opis rasa tak senang duduk..berdiri tak kene duduk tak kena..akhirnya aku amik keputusan gi ke klinik panel dan amik mc..doc perempuan india benarkan aku mc sebaik sahaja dimaklumkan tentang kondisi aku..n ditambah dgn alasan aku yg tak boleh menumpukan sepenuh perhatian pada kerja.en hubby ku maklumkan..kami masing2 dapat pelepasan half day..dan seterusnya terlena di ulit mimpi..hari ketiganya tergerak rasa hati nak menggunakan alat tu sekali lg..hahhhh? positif lagi..sesampai di opis..tetikus ku gerakkan dan cuba mencari2 jawapan yang ligat bermain di fikiran..dan berpandukan research tersebut "early miscarriage is called a chemical pregnancy. so a woman may get a positive result from her home pregnancy test and then miscarry. This is a pregnancy that has a positive pregnancy teset but the embryo or fetus do not develop"..
untuk melenyapkan segala tanda tanya kami pergi buat scan dan pemeriksaan susulan..dan doc memaklumkan bahawa memang tak ada sebarang perkembangan fetus..takpelah...the miscarriage proves that the sperm can meet the egg. We just need to try again:)