Thursday, August 19, 2010

satu ramadhan

Alhamdulillah hari ni da masuk 10 ramadhan insyaallah. 
hari ni masuk 3 hari beriftar di rumah mama sbb en huby jauh dirantauan-hongkong atas tuntutan kerjanye.
tetapi sampai ke hari ini aku tak dapat  lupe 1 ramadhan yg menguji..
kali pertama beriftar setelah sah bergelar suami isteri.
memang da di hitung dan ditolak aku pasti aku tak kan mampu menyediakan juadah tuk beriftar.
bukan takmampu dr segi skil atau kederat tp tututan MASA yang tidak mengizinkan.
kami da sepakat tuk membeli juadah berbuke di bazar ramadhan berhampiran rumah..
dgn menu2 makanan yg ligat berpusing dlm kepala.kami menuju ke gerai2 yg berderetan..
tp makanan semua da HABIS..
kami terpaksa tukar plan..
mencari kedai makan..
tp kedai berhapiran TUTUP..
kedai mamak pun tutup RENOVATE kedai yg sebelah nya pun TUTUP 
yg sebelah lagi satu pun TUTUP jgk..

jam tak berhenti berdetik..
tiktoktiktok da hampir benar masa untuk berbuke..
alhamdulillah aku sempat singgah beli seven E beli milo kotak besar tuk enhuby n milo kotak kecik tuk aku :).
perjalanan diteruskan mencari kedai yg seswai tuk berbuke alhamdulillah ada kedai tomyam..yg pernah kami singgah sebelum ni..
sesampai je kat depan kedai tu azan radio ikim berkumandang..
air kotak kecik di kongsi bedua yg kotak besar disimpan tuk lepas terawih..
sesampai dimeja makan pekerja kedai dtg n hulurkan buah kurma..
dalam bapa minit je hidangan berbuke kami da sampai :)








Friday, August 6, 2010

bila nz tidak fokus

lepas solat magrib terus bergegas ke KLIA hepi nyer mengenangkan en huby balik harini..tepat kul 8 amik ERL terus ke KLIA..

tepat kul 8.30 da sampai..elok2 je en huby nyer flight pun landing kul 8.30..cube msg en huby.. message DELIVERED maknanye da selamat sampai..TAPI tunggu punye tunggu bayang pun tak muncul2...emmm amik beg dulu kot...solat dulu kot...RUPA2NYER sorang tunggu kat KLIA sorang  lagi tunggu kat LCCT..

suara en hubby lemah je
huhuh aku pulak menikus...
NZ TAK FOKUS..
patutla dari siang td mata asyik berkedip2.............




kaki melangkah dengan lemah......
tangan menarik beg rasmi court pierre sardin ...
cari transport ke LCCT...
jauh lg perjalanan nih..
dgn perut yg lapa..................
keletihan.........
mengenangkan en hubby yg juga kelaparan...
keletihan....
kaki terus melangkah ke LCCT
akhirnya dapat jgk jupe en hubby

sorry syg LAMBAT:)

Thursday, July 29, 2010

mengapa aku mengapa jadi begini..INILAH NASIBKU

nasib ku semalam da tertulis..terpaksa bersesak2 dalam lautan manusia sebab LRT buat keberapa kali tah...ROSAK UNSCHEDULED DELAYED etc..tepat kul 6.30 dgn hati girangnya nak balik umah...perut pun berkeroncong ni..apala mama masak agaknya..sampai je kaunter  LRT klsentral..nampak lautan manusia tgh beratur tunggu turn beli tiket. kiosk @ mesin tiket semuanye tak function..astagfirullah..ada patut aku pergi makan cempedak dulu kat warong kita tu ke..bosan pulak sengsorang makan cempedak....adus..beratur jela..sambil menunggu turn..makcik LRT dtg kat sorang demi sorang...LRT ROSAK LRT ROSAK DELAYED.....tah bapa kali mengulang..sian rasanya dekat 100 org  lebih kot tengah beratur...(pakai je la mic cik semua orang leh dengar apapun time kasih sbb kami tau la juga apa yg berlaku tak la terpingga2)

sesiapa yg naik di klsentral dan menuju ke gombak..
.SILA TURUN SEMULA DI PASAR SENI TREN INI AKAN BERPATAH KEMBALI KE KELANA JAYA.
SAMPAI KAT PASAR SENI KENE TUNGGU TREN LAIN..DA DAPAT NAIK TREN..SILA TURUN SEMULA DI KAMPUNG BARU...TREN INI AKAN BERPATAH KEMBALI KE KELANA JAYA
SAMPAI KAT KAT KAMPUNG BARU SILA TURUN SEMULA DI DAMAI TREN INI AKAN BERPATAH SEMULA KE KELANA JAYA..
YA ALLAH SAYUP2 DGR AZAN ISYAK..RAMAI JGK WARGA KOTA YANG TAK SOLAT MAGRIB YE..(lega aku masih kibarkan bendera merah:P kalu tak kene berhenti mana2 station tuk cari surau..tak sume lrt ada surau tau!)
 

ni waktu tak sesak tau






ni waktu SESAK


sesaknye...



sesak lagi...

NI LAGI SESAK..NI LAUTAN MANUSIA YANG NAIK KOMUTER..SAMPAI SENGET SEBELAH TREN



TP ALHAMDULILLAH SKRG DA ADA COACH TUK WANITA
WALAUPUN ADA LELAKI YANG MEMPERSOALKAN KENAPA WANITA ADA COACH KHAS..HAI NTAHLA DIA TAKDE IBU..ADIK POMPUAN..KAKAK OR WIFE KOT



APAPUN SMLM HATI TAK PANAS SGT SBB AZAM BARU COOL DOWN SENYUM2 WALAUPUN RASA NK HANTUK2 PALA KAT PINTU LRT TUH HAHAAH

Wednesday, July 28, 2010

when sperm and egg meet

tah kenapa bulan ni bendera merah lewat muncul..walaupun hint PMS da lama muncul..seminggu berlalu tak muncul jugak..ira mcm biasa tiap hari tanya..dah dtg?dah dtg :P? akhirnya en huby pn mintak aku beli alat tersebut..dgn berat hati aku pergi ke guardian dan membeli alat tersebut sbb hati kecik ni rasa bendera merah tu cuma lewat muncul..tp jauh di sudut hati ada juga rasa teruja :) esoknye pg2 lagi alat tersebut digunakan..dua kepala kami melekat dan mata kami terarah pada alat tersebut..uish ada garis la walaupun samar2..mungkinkah? masing-masing menyimpan perasaan teruja itu sbb it is possible to get a false positve when u take a pregnancy test.. alat itu diletak ketepi dan kami dah sepakat tuk membuat sekali lagi ujian..tp belum sempat ujian kedua di buat bendera muncul dua hari berikutnya..dlm hati kecik ku berkata ..dah agak dah lewat muncul je..tak ada rezeki takpela..tp bile en huby resah..ira resah..aku bertambah resah..bendera merah lain ke..aku terus turun ke klinik panel di tingkat 3 tp klinik da tutup sbb jam masa tu dah menunjukkan pukul 5 petang..aku pun tunggu sampai habis waktu kerja dan terus ke klinik yg berdekatan yang buka 24 jam..adus doc lelaki takpela darurat akan ada jururawat yang menemani sepanjang tempoh konsultansi tersebut.aku dimaklumkan kemungkinan besar ini early miscarriage ataupun threaten miscarriage..tp katanya ada kemungkinan juga ini tanda2 biasa di awal usia kandungan.Malangnya klinik tu takda alat tuk scan dan syorkan aku berehat dan teruskan mengambil folic asid..sesampai di rumah memang tak leh nk lena.. sakitnya!!!! tak sedar bila aku terlena dan bila terjaga hanya sayup2 dgr suara en hubby bertanya nk g keje ke? aku dgn terkebil2 dan perlahan jawab nak..sampai di opis rasa tak senang duduk..berdiri tak kene duduk tak kena..akhirnya aku amik keputusan gi ke klinik panel dan amik mc..doc perempuan india benarkan aku mc sebaik sahaja dimaklumkan tentang kondisi aku..n ditambah dgn alasan aku yg tak boleh menumpukan sepenuh perhatian pada kerja.en hubby ku maklumkan..kami masing2 dapat pelepasan half day..dan seterusnya terlena di ulit mimpi..hari ketiganya tergerak rasa hati nak menggunakan alat tu sekali lg..hahhhh? positif lagi..sesampai di opis..tetikus ku gerakkan dan cuba mencari2 jawapan yang ligat bermain di fikiran..dan berpandukan research tersebut "early miscarriage is called a chemical pregnancy. so a woman may get a positive result from her home pregnancy test and then miscarry. This is a pregnancy that has a positive pregnancy teset but the embryo or fetus do not develop"..
untuk melenyapkan segala tanda tanya kami pergi buat scan dan pemeriksaan susulan..dan doc memaklumkan bahawa memang tak ada sebarang perkembangan fetus..takpelah...the miscarriage proves that the sperm can meet the egg. We just need to try again:)

Wednesday, July 14, 2010

moga arini lebih baik dr semalam.

semalam lepas solat magrib..aku mengaji..da lama tak mengaji pas solat..dapat la guna tafsir quran yg madam fauziah hadiahkan masa wedding aku..sementara En Hubby pulak turun ke tingkat bawah "mengayuh basikal" untuk kembalikan berat idealnya :) chaiyook u can do it.

semalam jgk teringat kata2 motivasi Dato' fazilah Kamsah di Sinar Fm..(radio rasmi aku n En Hubby sepanjang jalan ke LRT KJ). Berkesempatan dpt Santapan Ilmiah sebab kami berdua kena kuar awal pagi lantaran tuntutan kerja ku..court da start 8.30 pagi start bulan ni..

"bukan tidak berdoa..tetapi kurang berdoa" tergiang2 lagi kat telinga ni..ada betul tu..huhuh kalu org lain solat sunat..aku solat magrib pun di hujung2 waktu..kalu org berdoa berjela2 aku seminit je da selesai..astagfirullah..moga arini lebih baik dr semalam..

Tuesday, July 6, 2010

masa ooh masa kenapa cemburu gan aku

cepat betul masa berlalu... baru dok tensen2 bila menjelangnya monday..tup tup weekend kembali lagi..
rutin harian berjalan seperti biasa walaupun dah hampir 5 bulan bertukar status..sewal bertukar status dulu tiap hari bersemangat buat breakfast tuk huby..tp skrg bukan tak semangat dah..cuma rasa liat nak bangun awal2 pagi..ngantuk je rasa...hangat2 tahi ayam kah aku? akan ku cuba untuk konsisten...
emmm..tah kenapa ..rasa macam masa ni berputar lebih pantas je tiap hari..macam dah lama tak dapat masa yang berkualiti..bila di fikir-fikir balik masa berkualiti aku n hubby adalah dalam kete otw aku nak g keje n balik keje... (tu pun di sebabkan jem yg teruk) ...tapi tak lama lagi kalau dah pindah rumah baru ..aku kembali mengunakan public transport sepenuhnya..huhuh nampaknya masa yang di habiskan di luar rumah lebih banyak banding dengan family sendiri...masa ooh masa..kenapa cemburu gan aku :'(

Wednesday, June 16, 2010

for the rest of my life i'll be loving u


For The Rest of My Life – Maher Zain
I praise Allah for sending me you my loveYou found your home and sail with meAnd I’m here with youNow let me let you knowYou’ve opened my heartI was always thinkin’ that love was wrongBut everything was changed when you came along ohAnd there is a couple of words I wanna say
Chorus:For the rest of my lifeI`ll be with youI`ll stay by your side honest and trueTill the end of my timeI`ll be loving you, loving youFor the rest of my lifeThru days and nightI`ll thank Allah for open my eyesNow and forever I… I`ll be there for you
I know it deep in my heartI feel so blessed when I think of youAnd I ask Allah to bless all we doYou’re my wife and my friend and my strengthAnd I pray we’re together in JannahAll I know I found myselfI feel so strongYes! Every thing was changed when you came along ohAnd there is a couple of words I wanna say
Chorus
I know deep in my heartAnd now that you’re here in front of meI strongly feel loveI strongly feel loveAnd I have no doubtAnd I sing it loud that I will love you eternally
Chorus
I know it deep in my heart

Wednesday, May 5, 2010

We have been married for 2 months 3 weeks 2 days


seperti kebiasaannya...jalan itu di tempuhi bersama..perjalanan yang agak perlahan di sebabkan hujan rintik-rintik tidak sedikitpun mengusik mood.Mungkin kerna perut yang kenyang..dahi yang telah mencecah sejadah sebentar td..


seperti kebiasaannya perihal kerja..perihal rakan setugas menjadi topik perbualan..mana yang baik sedaya upaya dijadikan panduan..mana yang buruk sedaya upaya dijadikan sempadan..


kata mereka yang berpengalaman.. "dua tiga bulan pertama sahaja dalam mood fantasia bulan madu.." tapi ada juga yang telah membuktikan sebaliknya..semakin tua semakin sayang..tahniah buat mereka yang berjaya mengekalkan mood fantasia bulan madu walaupun askar-askar kecil dah berderet.


helaian-helaian kenangan di selak satu persatu..semuanya indah...moga segalanya akan sentiasa indah..moga rindu itu akan sentiasa subur mewangi walaupun dia berada dekat di sisi..




Tuesday, April 13, 2010

kebiasaan yang tidak lagi menjadi kebiasaan




helaian demi helaian diselak..mencari-cari sesuatu yang telah lama ditinggalkan.Rasa itu masih segar di situ dan akan selamanya kekal begitu.Rindu pada kebiasaan yang tidak lagi menjadi kebiasaan.Mungkin ini titik permulaan untuk menyuburkan kembali kebiasaan yang pernah menjadi kebiasaan satu waktu dulu.