Wednesday, May 5, 2010

We have been married for 2 months 3 weeks 2 days


seperti kebiasaannya...jalan itu di tempuhi bersama..perjalanan yang agak perlahan di sebabkan hujan rintik-rintik tidak sedikitpun mengusik mood.Mungkin kerna perut yang kenyang..dahi yang telah mencecah sejadah sebentar td..


seperti kebiasaannya perihal kerja..perihal rakan setugas menjadi topik perbualan..mana yang baik sedaya upaya dijadikan panduan..mana yang buruk sedaya upaya dijadikan sempadan..


kata mereka yang berpengalaman.. "dua tiga bulan pertama sahaja dalam mood fantasia bulan madu.." tapi ada juga yang telah membuktikan sebaliknya..semakin tua semakin sayang..tahniah buat mereka yang berjaya mengekalkan mood fantasia bulan madu walaupun askar-askar kecil dah berderet.


helaian-helaian kenangan di selak satu persatu..semuanya indah...moga segalanya akan sentiasa indah..moga rindu itu akan sentiasa subur mewangi walaupun dia berada dekat di sisi..




Tuesday, April 13, 2010

kebiasaan yang tidak lagi menjadi kebiasaan




helaian demi helaian diselak..mencari-cari sesuatu yang telah lama ditinggalkan.Rasa itu masih segar di situ dan akan selamanya kekal begitu.Rindu pada kebiasaan yang tidak lagi menjadi kebiasaan.Mungkin ini titik permulaan untuk menyuburkan kembali kebiasaan yang pernah menjadi kebiasaan satu waktu dulu.